Tuesday, March 1, 2011

pemberitahuan hahaha

PEMBUBARAN MAJLIS TERTINGGI KELAB/PERSATUAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
#################################################

" MEMORANDUM "


Tarikh : 16 Februari 2011
Kepada : Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011
Daripada : Dekan HEPA

MAKLUMAN PEMBUBARAN MAJLIS TERTINGGI KELAB/PERSATUAN PELAJAR SESI 2010/2011

Merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pembubaran Majlis Tertinggi setiap Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011 adalah pada 31 Januari 2011.

3. Sehubungan dengan itu, setiap kelab/persatuan hendaklah mengambil tindakan berikut:-

· Mengadakan Mesyuarat Agong Kelab/Persatuan masing-masing bermula dari tempoh 14hb Februari hingga 10hb Mac 2011.
· Agenda mesyuarat ialah membuat perlantikan Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan untuk Sesi 2011/2012.
· Tarikh perlaksanaan dan tempat Mesyuarat Agong tersebut mestilah dimaklumkan kepada Unit Aktiviti Pelajar, Jabatan HEPA.
· Minit mesyuarat dan senarai Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan Sesi 2011/2012 mestilah diserahkan kepada pihak Jabatan HEPA bermula tarikh 14hb hingga 21hb Mac 2011.

4. Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Aktiviti Pelajar & Antarabangsa di talian 04-9831163.

azid