Tuesday, May 24, 2011

membusankan diri lagi





suka2 menghabiskan masa bersama adik2 di kota kuala kedah,, awan hari tu yang amat menghampakan terlalu gelap huhuhu awan melindungi matahari lagi...apapun ni la sedikit hasilnya..
azid

Tuesday, May 10, 2011

sunset di kk

salam
 hari ini saja hati terdetik nak masuk jugak contest macam orang lain walhal xpernah join pun mana2 contest pun sebelum ni..hihihi
before that nak juga la wish selamat ulang tahun kelahiran kepada tuan punya penganjur contest ni mr afundee...semoga allah memberkati hidupnya.



kat cni link blog beliau... klik




gambar ni merupakan koleksi lama masa mula2 nak belajar amik gambar dulu..(sekarang pun xandai lagi amik gambar hihihi) mula2 xperasan keadaan langit yang sebelah bercahaya dan sebelah lagi tidak, then my frenz tunjuk n tanpa berlengah terus menembak ke arah yang ditunjuk..so ini la hasil gambar tersebut tanpa editing.. pic ni amat menarik kerana berpeluang melihat kekuasaannya dalam menukarkan kejadian siang dan malam..


so jom join contest cik ros

azid

Thursday, May 5, 2011

sesekali..

 sesekali pi jalan kenduri nampak bunga cantik nak jugak mengasah bakat.. tp nampak macam xbrapa nak comey lagi ja..

azid

Sunday, May 1, 2011

kelahiran yang dinanti

assalamualaikum...
setelah 40 minggu + 7 hari berlalu.. maka bermulalah perjalan baru..
24\4\2011 jam 8.30 pg, kami tiba ke hospital sultanah bahiyiah alor star.. Maka bermulalah perjalanan @ proses dalam melahirkan anak sulung kami.. Pemeriksaan pertama dijalankan oleh doktor untuk memastikan keadaan zara (nama y sentiasa dipanggil untuk anak sulung kami) dalam keadaan selamat setelah tujuh hari melepasi dari tarikh asal iaitu 17\4\2011.. Jam 10.30 aku dipanggil oleh nurse untuk menandatangi surat kebenaran memasukkan ubat untuk mempercepatkan proses pembukaan pintu rahim. Setelah mendapat penerangan ringkas daripada doktor mengenai kesan ubtat tersebut, aku yang tiada pilihan terus menandatangi surat tersebut. Kemudian aku kembali ke bangku menunggu bersebelahan dewan bersalin. Jam 2.30 isteriku diberikan tempat di dalam wad kerana masih tiada tanda2 untuk bersalin lagi. Setelah menemani isteriku sebentar di dalam wad aku mengambil keputusan untuk pulang seketika lagipun aku tidak dibenarkan tunggu di dalam wad bersamanya. Jam 5 petang aku kembali ke wad setelah pengsan selama 2 jam.. Hihi di ketika itu isteriku mula merasa sakit di rahimnya, katanya seperti rasa senggugut 'tp dia xpnh kena senggugut' hihi..apa lagi serba tidak kena keadaannya.. Sekejap berbaring sekejap bangun berjalan. Terdapat hela masa sakit seperti 6 minit setiap kali terjadi. Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan memberi kata semangat dan pelukan. Jam 7.30 mlm. Aku meninggalkan dia sekali lagi kerana kekangan masa waktu melawat, lantas aku menghabiskan masa d kafe serta surau, d surau ku capai surah yaasin dan ku memohon pada allah agar permudahkan kelahiran anak sulung kami. Kemudian aku berlegar2 di kawasan hospital hingga jam 10 mlm lalu sekali lg aku pulang kerana seharian tidak memperkemaskan diri.. Jam 11.10 aku menerima panggilan darinya mengatakan bukaan sudah 5cm dan akan dimasukkan ke dewan bersalin. Apa lagi aku pun kelam kelibut mandi dan solat kemudian bergegas ke hospital..jam 11.50 aku melihat namanya di skrin sudah berwarna merah. semaklum aku jika berwarna merah bermaksud dia telah selamat bersalin. Sekarang jam 12.25 25\4\2011 masih tiada berita dari doktor. bersambung..











azid