Saturday, February 27, 2010

siapa yang biadap.. siapa yang tak beradab

salam.. pagi ne aku dikejutkan dengan bunyi ketukan daripada jiran di hadapan rumah..
panjang ketukannya dan diiringi dengan suara memberi salam..
ketukan berterusan untuk beberapa minit dan kali ini diiringi dengan suara ''ana buka pintu ne nak, ne mak'' namun pintu rumah jiranku itu masih lagi belum terbuka, tingkap rumah cuba dibuka oleh orang yang mengetuk pintu tersebut lantaran pintu rumah yang tidak terbuka..
maka jiran2 pun mula la menunjukkan diri di pintu rumah masing2..tiba-tiba...assalamualaikum...
rupanya pintu rumah aku yang diketuk...apa lagi laju jer aku buka pintu sebab memang aku dok tengok gelagat mereka dari tadi...''tumpang tanya dik, pernah tengok tak orang dalam gambar ne'' sekeping kertas a4 dihulur dan terdapat gambar hitam putih seorang budak perempuan yang agak berisi menghiasi kertas tersebut. aku pun apa lagi, tak pernah tengok la kak.. ''orang kata anak akak tinggal kat umah depan ne tapi dia tak nak buka pintu''.. secara tiba-tiba pintu jiran aku pun terbuka, seorang anak gadis pun menonjolkan diri ''ada apa ni mak cik''..
maka berlaku la sedikit pertengkaran yang disebabkan anak gadis ne xnka buka pintu tadi..makcik 2 cakap dia nk cari anak dia saja, kenapa gadis ne xnak buka pintu n mengelakkan diri..
pertengkaran ditambah dengan suami makcik tadi pulak menyampuk...anak gadis dilihat bercakap-cakap di telefon menelefon seseorang..
aku disitu hanya mendiamkan diri melihat gelagat yang berlaku..hihihih
seketika kemudian muncul 2 orang jejaka berbaju merah, of course yang seorang 2 pakwe si gadis tadi... bertambah la kekecohan di depan rumah si gadis...
kecoh punya kecoh last2 makcik n pakcik 2 blah macam 2 saja sebab dah malas nk layan karenah pakwe si gadis tadi.. xsempat juga makcik 2 nk tgk muka penghuni rumah 2 yang agak seiras dengan muka anaknya..

apa yang ingin disampaikan ialah...

patutkah makcik dan pakcik tadi mengetuk pintu rumah tersebut dengan kuat dan menjerit memanggil anaknya yang belum tentu ada didalam rumah tersebut...

patutkah si gadis tadi hanya mendiamkan diri dan tidak membuka pintu...

kemudian selepas pintu dibuka patutkah makcik tadi memarahi si gadis dengan mengatakan tiada adab kerana tidak membuka pintu sedangkan orang memberi salam dan sebagainya..

dan patutkah si gadis tadi mempertahankan diri dengan mengatakan makcik dan pakcik tadi xpatut untuk memarahinya kerana ini rumah anak gadis bujang dan risau-risau jika perompak yang datang kerana pernah terjadi perompak suami isteri yang datang..

patutkah pakwe si gadis tadi mencampuri urusan tersebut dengan bertengkar dengan si makcik yang sedang mencari anaknya itu..

siapa biadap

siapa xberadab

Saturday, February 20, 2010

maulid: antara sejarah dan amalan

dipetik dari drmaza.com

Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan

*Artikel lama, dicadangkan untuk pembacaan.

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.


Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.
Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.
Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.
Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.
Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?
Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikir politik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.
Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.
Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.
Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.
Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).
Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).
Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka.
Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:
“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).
Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut:
“Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.
Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:
“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).
Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?

Monday, February 8, 2010

HEBAHAN UMUM

 

TAKLIMAT PERNIAGAAN NETWORKING
TARIKH:
13 / 02 / 2010 (SABTU)
TEMPAT:
INSPIN ALOR STAR
JALAN SULTANAH
(BERDEKATAN DENGAN PENJARA)

MASA:
9 PAGI, 3 PTG & 8.30 MLM

HUBUNGI:
0134758704 HANIF

perjalanan ke kampung

Alhamdulillah selamat jugak sampai ke tanah air tercinta di KEDAH...
Sejurus selepas magrib kami berangkat keluar dari rumah menuju ke hentian kajang.. tengok dekat tiket bus pukul 10.30 malam, durian burung..  yang diharapkan keadaan yang selesa dengan menaiki bus durian burung namun.....................
Jam menunjukkan pukul 10.40 malam bus yang ditunggu tak jua kunjung tiba, kami terus mengadakan sidang teh tarik sambil melayan laptop di depan mata..sudah pukul 11.30 malam bus belum jua muncul di platform 10...
So apa lagi...tanya orang kaunter la pastu bas rosak rupa-rupanya.. jadi terpaksa la menunggu bas dari Melaka..hohohohoh
12.30 bas pun tiba, pi letak beg kat belakang pastu naik-naik......seat penuh la plak. Terpaksa la duduk di tangga dan dikhabarkan sampai kat tol duta ja..pastu xpa la men game dalam bas la.. sampai kat tol duta bas yang ditunggu xda. Drebar kol rupa-rupanya bas yang kami nak naik ada dekat rawang..hahahahah aduhai nasib badan.. xpa la dengan kesabaran yang ada, senyuman tetap jua di bibir..
Alhamdulillah sampai di rawang, bas sedia menunggu di tepi jalan, jadi kami pun berpindah ke bas yang sedang menunggu..durian burung la jugak..kena plak seat belakang sekali...dengan kerusi xleh turun, panas  dan macam2 lagi la..aku pun apa lagi mula la xleh tido dengan sakit tengkuk, panas plak 2..bising lagi...adoila..macam mana orang sebelah aku bley tido ne...aku pun heran bangat..
Pas2 sampai kat butterworth ada orang depan aku turun apa lagi, bingkas bangun dan tukar tempat la..huhuhuh ada la air-cond ckit, rasanya compressor depa rosak kot..
Apapun selmat jua sampai kul 7 dah..huhuhu
Tq bas durian burung atas servis anda, diharapkan maintenance akan melakukan kerja yang lebih baik pada masa akan datang 

Friday, February 5, 2010

aku pulang :)

alhamdulillah hari ini dah jumaat..malam ni akan balik ke kedah dan akan ada disan untuk 2 minggu seterusnya..bairpun sebenarnya aku cuti 3 minggu namun seminggu dihabiskan di Bangi sahaja..
dengan azam bari di hati, demi masa depan aku akan mulakan langkah baru, cuba untuk buang rasa 'malu' dalam melaksanakan tanggungjawab dalam berkongsi benda baik (QUESTNET)..

jupa esok kawan2 di perlis, kedah dan penang di bandar laguna merbok..

Thursday, February 4, 2010

HEBAHAN


TAKLIMAT PERNIAGAAN QUESTNET

TARIKH;
06 / 02 / 2010 (sabtu)

TEMPAT;
Kelab Laguna Merbok

MASA;
9 Pagi, 3 Petang & 8.30 Malam

Hubungi 013 475 8704 (hanif) untuk keterangan lanjut.

Perkongsian Ilmu

nabi s.a.w bersabda; 
"inginkan dunia mesti berilmu, inginkan akhirat mesti berilmu, ingin keduanya mesti berilmu"

sewaktu nabi s.a.w keluar untuk berdakwah, didalam hatinya sudah tahu bahawa tidak semua orang akan menerima dakwahnya namun masih jua meneruskan perjuangan TANPA PUTUS ASA dan TERUS BERUSAHA..

sewaktu berdakwah juga, nabi s.a.w menerima berbagai cercaan dan penghinaan bagi mereka yang menolak dakwahnya namun bagi yang menerima dakwahnya, mereka bergerak seiring bersama rasulullah dalam menyebarkan dakwahnya..

apa teladan buat kita...(relate to QuestNet

1. jangan takut kegagalan dan NO apabila kita melaksanakan tanggung jawab kita dalam berkongsi benda baik dengan orang ramai.
2. senantiasa berusaha dan tidak mudah putus asa dalam mengerjakan sesuatu yang baik bairpun kerap mendapat tentangan dan penolakan darippada orang ramai.
3. melaksanakan tanggungjawab dengan berhemah agar tidak disoal di akhirat kelak keranna menyembunyikan perkara yang baik..

training QNet di bangi 
disampaikan oleh cikgu supra, ustaz harif dan ustaz amir.
pengajaran berguna untuk diriku dan ingin ku kongsikan bersama kalian sahabatku..

1. jangan takut untuk gagal kerana orang yang gagal selepas berusaha lebih menguntungkan dari gagal kerana tidak berusaha. kenapa? gagal selepas berusaha membuahkan ilmu yang tak terhingga nilainya, selepas kegagalan akan membuahkan hasil yang lumayan jua satu hari nanti.
2. tolong la balas mesej leader (hahahah mmg kena dkt aku) untuk menunjukkan abahwa kita masih hidup...
3. kepentingan ilmu adalah amat penting. hadiri BP dan training untuk mendaptkan latiah secukupnya biarpun tiada prospek bersama.. ilmu sangat penting dalam menjana kemahiran diri.

ILMU>fokuskan>QNet
BP> 1 on 1, group, VBP, house

mesti selalu melakukan BP kerana jumlah kita melakukan BP akan menentukan kejayaan kita pada masa hadapan. selain itu, dengan melakukan BP kita juga akan menningkatkan kemahiran berkomunikasi secara tidak langsung dan segala NO yang kita dapat akan mendedahkan kita kepada kelemahan diri sendiri dan seterusnya kita pasti akan meningkatkan kelemahan diri tersebut..dan gunakan bahasa yang mudah setiap kali berbica bersama prospek(ada  faham mohd hanif)

pastikan apabila kita melakukan BP, kita sebenarnya berkongsi maklumat yang kita ada dengan prospek tersebut, betulkan niat di hati, ikhlas diri kerana Allah, berikan penerangan 100% tanpa ada penipuan. yang penting niat yang ikhlas untuk membantu (jgn kerana kepentingann diri, i.allah rezeki akan datang kemudian) dan berikan yang terbaik y kita mampu. pastikan momentum kita sentiasa ada kerana kesabaran dan usaha yang berkekalan akan membuahkan hasil pada suatu hari nanti..

lagi satu, bekerja dalam team adalah lebih baik dari seorang kerana apabila melakukan secara berkumpulan kita akan sentiasa dibantu dan diberi tunjuk ajar, nasihat yang berguna dan semangat sebagai sebuah pasukan yang amat penting. apabila kita lemah semangat atau 'down' seketika rakan-rakan pasti akan menaikkan semula semngat yang hilang tersebut samada kerana NO yang diterima atau kesabaran yang tergugat. dalam kumpulan jua kita dapat membina kemahiran 'leadership' yang mana amat penting, "1000 NO to be a leader" dato Vijay..
ILMU+SEMANGAT+TEAM=SUCCES


success come from dream..
why we afraid to dream even do we know that with dream we have will guide us to get what we want. so don't stop dream, even a moron have a dream why not us. 
sometimes they said are you crazy to get this, get that with your salary..hahaa
did we realize that dream have power to control your mind and without you know our physical react to our dream need [mindset]

remove the cage from our mind..remove it now..what block your mind from dreaming..keep dream..visualize it..say it with proud..do it NOW..just do it..or you foolish..

lastly.. keep contact with leader, ask for their opinion and help..be friends with positive person cause it will make you always positive even sometimes you becomes negative, it will show the way to be positive because the 'aura'..

moga allah rahmati kita dan sentiasa memberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini..mari bersama-sama menadah tangan memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah semoga hati ini sentiasa ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi ini..

amin..