Tuesday, November 30, 2010

berakhirnya hidup bila emosi mengatasi akal

salam..
segala pujian bagi allah s.w.t tuhan semesta alam.
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad s.a.w

tulisan kali ini bukan lah bertujuan untuk sesiapa namun untuk saling mengingatkan diri kita bahawa jangan meletakkan emosi mengatasi akal fikiran kita.
apa yang terjadi bila emosi berada diatas akal pemikiran kita, pada pendapat saya apabila perkara ini berlaku, keboleh upayaan seseorang untuk berfikir secara logik dan waras akan terjejas lantas akan mengakibatkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
kita ambil contoh, seseorang yang telah 'mengajarkan' dirinya untuk sentiasa dalam keadaan emosi samada apabila barangnya hilang, atau sesuatu yang diharapkan tidak menjadi seperti  yang dikehendaki akan mengakibatkan berlaku tindakan 'refleks' yang kebanyakan adalah buruk seperti marah yang melampau, sedih yang melampau, menjadi terasing dan pendiam dari kehidupan sosial.

samb..
azid

Monday, November 15, 2010

photomatix n photoshop..

hah ne la software yang akan aku pelajari dalam masa setahun dua ne..mak oii lamanya belajar kan.. kena cari cikgu ne selain cikgu buku.. kalo dapat dalami dua benda ne semakin ganas la picture aku pasne..photomatix give me ur soul..hahaha
azid

politik kampus..

salam..
tiba2 hari ini banyak plak aku terasa nak menulis..
topik kali ini kalo sembang dengan pihak UNIMAP or MPP UNIMAP mestilah menjadi satu isu yang teramat sensitif..maklum la di sini kamilah JUARA PERPADUAN yang mana pemilihan pentadbiran bagi mewakili pelajar adalah secara peringkat dalaman sahaja. sudah menjadi kebiasaan disini untuk setiap pusat pengajian kejuruteraan (PPK) untuk menyenaraikan nama samada 2 atau lebih untuk dicalonkan sebagai mpp untuk tahun berikutnya. apa yang menjadi masalahnya (malas panjang lebar)

yang menjadi masalahnya apabila pemilihan secara ini tidak membuka peluang kepada mereka yang lebih matang dalam melihat masa depan, tidaklah menjadi salah untuk meletakkan pemuda-pemuda baru untuk mewakili pelajar,yang menjadi salah apabila tiada peluang keterbukaan yang sekata kepada semua. menerajui pelajar bukan sahaja kepada nama dan menjadi AJK kepada aktiviti2 tahunan universit sambil melancong2 namun ia lebih mendalam daripada itu. tatkala perwakilan pelajar di universiti pelajar memperjuangkan hak, prinsip dan kepercayaan mereka kita disini menjadi sebaliknya, masih bergelar mahasiswa lesu yang mana terperangkap dengan rutin harian samada kekelas menaiki bas yang ''memuaskan'', berjalan kaki meredah hujan dan panas dan meneruskan pengajian seperti biasa di kelas dengan hanya bersuara dibibir tanpa sampai kepada sesiapa yang bertanggungjawab. apakah mahasiswa kita yang rela diperlakukan begitu atau hasrat mereka untuk bersuara dimatikan tatkala heboh ruangan debat diadakan di universiti lain. adakah kita universiti baru yang tidak melihat kearah kemajuan universiti untuk setaraf dengan universiti lain. usahlah kita biarkan minda, perlakuan kita masih terikat pada nama kolej universiti sebelum ini.apa yang perlu kita lakukan?

tidak banyak yang dapat kita (selaku pelajar biasa)  lakukan untuk ''mengubah'' sistem pemilihan kerana ia merupakan perkara besar. oleh itu disini lah pihak perwakilan pelajar memainkan peranan samada untuk melakukan ''survey'' secara rumah ke rumah mahupun dari ppk ke ppk untuk sampai ke setiap pelajar. setiap tindakan bukan hanya melalui surat atau memorandum kemudian hanya menunggu keputusan, kadangkala kita kena ''push'' orang2 tertentu biarpun mereka adalah orang besar pentadbiran universit kerana apa yang dikatakan oleh mereka tidaklah kesemuanya betul. (begitu juga dengan apa yang saya tulis ini). maka apabila kita memegang jawatan kita memikul tanggungjawab yang kelak akan ditanya oleh ALLAH s.w.t. oleh itu kita harus ingat, kebebesan bersuara telah diberikan kepada setiap orang dan perwakilan adalah titian utuh yang menjadi landasan kepada suara itu untuk didengari. usah takut kepada suara2 besar, usah hanya menunduk kepadanya, usah jadikan diri kita seperti hamba kerana kita punya suara, kita punya hak dan kita punya kebesan. maka perjuangkanlah, kamu telah memegang amanat itu, bukan kerana nama hendaknya, bukan kerana pangkatnya tapi kerana lillahi taala..
azid

duit xda tapi...

 hah kan dah gatai tangan pi godam tenet mencari speedlite.. haha ada satu model lama sb600 orang nak tolak kat perlis ne.. tapi 2 la kemahuan ja semua ne.. camna ne.. aghh tidak ini lah terjadi apabila anda mula memegang kamera kembali.. namun akan ku dapatkan jua nanti, lawan la nafsu ne wehh.. pening pikio dah ne..tapi kalo ada sedap gak lagipun banyak nak kena blaja edit gambo lagik ne..nggan nak kontrol aperture, shuter speed lagik ermm xpa slow is fast..kena step by step la bblaja kan.. tp wat HDR 2 amatlah cantik.. oret sudah merapu..
azid

jari jemari

salam
di kala kepala hotak aku ne berkejar-kejaran didalamnya untuk menghafal langkah2 buat pengiraan tiba2 jari jemari aku beralih kepada kamera, mungkin kerana tangan ne dah penat sangat asyik menulis ja, kepala dah berat memikio jadi hati melihat sayu kamera kat laci sebelah ini.. apa lagi stop study for today n blaja pasal kamera n teknik snap lagik kat tenet.. alahai kena balik alor star la jumpa keluarga dl bagi relax.. kepala kita pun perlu rehat kan.. apapun tahniah kepada aku kerana sem ne menunjukkan kesungguhan study untuk final tak macam taun2 sebelumnya.
azid

Sunday, November 14, 2010

satu tahun lagi sudah berlalu..

 salam..
selamat hari lahir untuk aku..
teringat masa hari lahir ma aku beberapa tahun lepas, aku wish la kat dia selamat hari lahir..
jawapan yang diberikan cukup dasyat, satu tahun lagi nak menghampiri mati :) dan panjang lebar lagi nasihat berikutnya haha..
jadi kita patut bersedih atau bergembira di hari kelahiran kita..kita semakin dewasa dan dapat usia panjang mestilah gembira..  namun berapa banyak amalan dan dosa kita telah kumpul sepanjang usia ini.. :)
apapun saja ja bg renungan untuk diri sendiri supaya senantiasa ingat.
azid

Saturday, November 13, 2010

rupanya kita tidak tahu sejarah..

salam..
adakah kita tahu sejarah.. yea kita telah diajar dengan sejarah MALAYSIA, bagaimana dengan sejarah ISLAM kita, ermmmm pasti ramai yang tidak tahu, termasuklah aku dan jika tahu pun terlalu sedikit.. namun bagaimana dengan sejarah peradaban kita yang mana kita diusulkan dengan zaman batu dan sebagainya.. mari tonton video ini seketika...


link: http://www.facebook.com/video/video.php?v=173316996014732&comments&ref=mf
jadi usahlah sempitkan fikiran kita dengan sejarah yang diajar oleh barat yang mana diajar dan dipelajari oleh kita sebelum ini.. marilah kita mendalami ilmu islam disamping kita mendalami ilmu dunia yang kita peningkan sekarang hingga leka untuk sujud dan mohon pada Allah..
azid

sudah tidak lama..

alamak kehadiran final exam sudah tidak lama lagik.. dan kehadiran raya haji lagik.. walaubagaimanapun kena raya dulu.. pi tolong orang sembelih apa2 yang patut dulu.. hihih walhal xpenah pi tolong pun orang masjid aku.. banyak lagik nak kena study ne...fluid entah apa2, mcd lagik la.. amatlah susah.. apapun aku nak tido dl sat, pasne kita study yea/...
azid

Wednesday, November 10, 2010

gambo

sedikit gambo setelah lama xpegang kamera.. xdan
marina kuala kedah






see pages nikon d90..tq

Monday, November 1, 2010

first impression is important?

salam.. tajuk saja orang putih nak tulis nya dalam bahasa melayu gak.. :)
aku sekarang ne tengah pening kepala macam mana la nak selesaikan masalah kawan aku sorang ne..
masalahnya begini, kawan aku sorang ne berkenan kat sorang minah ne, namun malang sekali minah ne bukanlah calon yang aku rasakan sesuai untuk dijodohkan dengan kawan ini di atas beberapa alasan dan tingkah laku si minah ne yang xberapa molek. (background terok la senang cerita). memandangkan aku kenal keluarga si laki ne dan kami dah pun berkawan agak lama jadi kebetulan aku terjumpa kakak si mamat ne.. aku pun borak2 la tanya mamat ne cmna sejak ada minah ne, dan tidak semena-mena si kakak ne menyatakan kat aku dia xberkenan kat minah ne, bukan dia saja mak mamat ne pun xberkenan kat minah ne.. aku pun tanya la pasai pa.. rupa-rupanya waktu mamat ne bawa minah ne p umh dia, minah ne xda adap sopan yang bagus. ''first impression'' dari keluarga mamat ne membuatkan mereka xberkenan kat minah ne yang macam bodoh sombong n berlagak xkena tempat..hahah pas2 aku pun tambah la story pasal background minah ne sebab aku yang bagi depa kenal dulu (sebelum aku tau perangai minah ne) sedikit sebanyak yang aku tau pasal minah ne.. aku rasa depa ne baru bercinta sebulan kot, aku tgk mamat ne dah habis duit banyak.. mau idaknya pantang cuti saja muncul di perlis ne.. bayangkan sehari kalo habis rm50 smggu 4 kali mai mau rm200 dah habis kat minah yang gila besi ne.. aku xkisah sangat kalo duit mamat ne habis and xkaco orang len, tapi yang xbesnya duitdia habis dia p pau mak n kak dia plak.. tambah dengan story buruk (sebab xjupa benda baik nk cerita) aku pasal minah ne bertambah la xsukanya family mamat ne pada minah ne.. jadi sekarang ne tugas aku adalah untuk menceritakan kisah nah ne pada kawan aku ne yang conform xmau percaya n xmau dengar nasihat aku sebab tgh kemaruk cinta. sekarang keadaan mamat ne n family dia pun dah kritkial gara-gara sorang minah bangan yang hanya suka-suka cinta di usia muda.. kalo dia serius aku suh saja member aku ne masuk minang, senang cerita..so bantuan diperlukan samada aku nk bertindak secara kurang ajar atau dengan jalan yang betul..

azid

kala senja..


pabila senja tiba..petanda siang akan berlalu..malam akan bertamu..
kala senja berlabuh...camar pulang ke sarang..
matahari menyelinap di sebalik awan..
kala senja menjengah..sang bulan mulai mempamerkan sinar..
sang bintang penyeri cakerawala..pengganti matahari yang telah pergi..
esok..pasti senja akan kembali....