Sunday, January 31, 2010

keinginan dan harapan VS tindakan dan pemikiran

kadang-kadang aku terfikir...keinginan dan harapan yang terpahat dalam diri ini seperti tidak dapat dicapai kerana tiadanya pemikiran positif dan tiada tindakan..aku juga tertanya2 dimana keberanian aku..dimana kepetahan aku..hurmmmmmmmm sukar....bantuan diperlukan..

Tuesday, January 26, 2010

rejection

rejection

Antara faktor utama seseorang itu tidak memulakan perniagaan adalah: Takut kepada rejection!

Kita takut bahawa orang yang kita cuba menjual produk atau perkhidmatan kita, menolak produk atau perkhidmatan kita. Dalam hal ini, terdapat 2 pesanan:

1: Sekiranya anda takut rejection, maka, bidang perniagaan bukanlah untuk anda. Ini adalah kerana, secara purata, daripada 10 pelanggan yang anda cuba menjual, 8 akan reject product atau perkhdmatan anda! Fahami bahawa dalam menjual sesuatu, semestinya terdapat lebih ramai orang yang akan menolak produk dan perkhidmatan anda daripada menerimanya.

2: Sekiranya anda takut rejection, fahami bahawa penolakan produk dan perkhidmatan anda bukanlah sebab personal (bukan sebab prospect tersebut tidak suka anda!). Cuma, mereka menolak produk dan perkhidmatan anda kerana, mereka tidak memerlukannya, mereka tidak mahu, mereka tidak boleh gunakannya, mereka tidak mampu atau apa sahaja sebab.

Jadi, jangan takut rejection. Dalam perniagaan, rejection adalah kebiasaan.

Wednesday, January 20, 2010

aku tahu tapi aku xnk bgtau..

kadang2 kita yang menulis ni bukan mencari popularati murahan yang akan membiarkan orang lebih mengenali kita..kita melakukan sesuata perkara atau membangkitkan sesuatu perkara bukan untuk menjadikan diri kita terkenal...kita bersuara dan bertanya bukan untuk menunjuk kita serba tahu...kerana kita adalah sebenarnya xserba tahu..
kenapa kita bersuara mengeluarkan pendapat??
adakah pendapat kita betul??
kenapa kita selalu bertanya??
bukankah suma orang patut sudah tahu apa yang aku tahu...bukankah suma orang mengerti apa yang aku fahami..betulkah aku dah tahu apa yang engkau tahu...betulkah aku dah faham apa yang engkau fahami..
hakikatnya tidak semua orang tahu apa yang aku tahu dan tidak semestinya aku tahu apa yang engkau tahu..kadang2 kita mendapat pengajaran yang sama tapi pemahaman yang berbeda..lain pemikiran lain fahamannya..
kenapa kita perlu ada egois apabila kita tahu..kenapa kita perlu meninggi diri bila kita faham..bukankah Allah sukakan orang yang merendah diri...
kesimpulan...
janganlah membodohkan atau mentertawakan orang yang bertanya..tidak semua orang tahu apa yang kita tahu dan apabila kita thu jgnlah kita tidak memberitahu...
matangkan diri kita, buangkan ego dan tinggi diri dalam diri kita..mencari kedamaian hati dalam memperbaiki diri yang penuh dengan low mentaliti..

Monday, January 18, 2010

mentaliti...

kenapa la aku kurang rajin untuk meneruskan kerja hari ini...ermm rupanya aku dah set mentaliti aku untuk kurang rajin..bukankah setiap benda bermula dengan niat yang diikuti dengan minda yang telah ditetapkan denga apa yang kita ingini..mindset...terlalu berkuasa untuk merubah segalanya...

Sunday, January 17, 2010

memahami dan difahami

salam...semoga allah memberkati kita pada cuti hari ahad ne..

tajuk kali ini kalo nk diperbincangkan memang panjang lebar jadinya...jadi saya wat ringkasan jela...heheheh bila kita menharapkan orang memahami kita, bukan kah kita perlu memahami orang terlebih dahulu?? kadang2 kita mengharapkan orang memahami diri kita terlebih dahulu tapi sebenarnya bukankah kita yang perlu memahami...difahami dan memahami....berusaha untuk memahami disamping membenarkan orang lain memahami...pening kepala ayat ni...:)
apapun memahami dan difahami hendaklah berlaku seiring...

Saturday, January 16, 2010

stimulus--------------------reaction

keadaan sekarang...

stimulus begitu dekat jarak masanya dengan reaction...
kesannya.....reaksi marah, melenting, merajuk, kecik hati dan sebagainya...

apa yang perlu kita wujudkan dalam diri sekarang ialah menjarakkan stimulus dengan reaction supaya dapat kita berfikir dan menenangkan hati sebelum melakukan apa2 keputusan dan tindakan...

faham mohd hanif.....???


Wednesday, January 13, 2010

ketakutan & kekuatan

apa itu ketakutan? apa itu kekuatan? sukar sekali aku hendak menggambarkan bagaimana ketakutan untuk bersuara terpahat dalam diri ini.adakah ini yang menghalang diri aku daripada terus bersuara menyampaikan sesuatu berita baik kepada semua orang..inilah ketakutan dalam diri yang tidak dapat aku gambarkan.
apa pula kekuatan yang ada pada aku? ermmm kekuatan untuk membuka suara untuk dilontarkan kepada orang lain tapi ketakutan untuk bersuara bagi diri sendiri. sangat memalukan bagi diriku jika mengenang kembali..wake up and find someone and share it.. do it mohd hanif

Sunday, January 10, 2010

Permulaan kepada penulisan

assalamualaikum...
setelah sekian lama aku tidak menulis...(xpernah menulis kot) aku cuba untuk menjadi seorang yang kembali menyibukkan diri dengan menulis dengan tujuan yang belum pasti...sudah hampir dua bulan aku mendirikan rumah tangga, banyak perubahan yang berlaku namun itu lah lumrah alam..:) pengajian masih lagi jauh, ilmu akhirat masih lagi ciput, ilmu dunia perlu juga, tapi matlamat hidup aku sekarang kemana..aku mula tertanya-tanya untuk apa aku hidup sekarang ini, apakah matlamat dan apa yang dikejar disini...sampai bilakah aku harus begini..apakah yang menghadkan aku kepada mencari ilmu akhirat ne..semoga allah memberikan aku kekuatan dalam sekali lagi mengubah pendirian dan pemikiran aku kepada seorang yang terbuka dan senang menimba ilmu..amin