Friday, April 8, 2011

hatiku bukan sekeras batu

hatiku bukan sekeras batu,
yang bisa untuk dilukai sesuka hati
yang bisa untuk diterjah sebegitu saja
yang bisa untuk diperlakukan begini

hatiku bukan sekeras batu
yang mampu menahan genangan air di kelopaknya
yang mampu melukai hatinya begitu
yang mampu menerangi erti di sebalik maksudnya

hatiku bukan sekeras batu
yang dapat memecahkan rindu di hatinya
yang dapat melayan kerenah di jiwanya
yang dapat mendalami maksud di bibirnya

aku hanya aku
insan yang mula berjinak dengan dunia barunya
jiwa yang muda dalam menepati katanya
minda yang sentiasa berkata berlakulah seadanya
hati yang penuh harapan padanya
tubuh hanya pelaksana duniawi
yang kelak akan ditimbang tara jua

aku dan aku
hatiku bukanlah sekeras batu





azid

Tuesday, March 1, 2011

pemberitahuan hahaha

PEMBUBARAN MAJLIS TERTINGGI KELAB/PERSATUAN

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
#################################################

" MEMORANDUM "


Tarikh : 16 Februari 2011
Kepada : Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011
Daripada : Dekan HEPA

MAKLUMAN PEMBUBARAN MAJLIS TERTINGGI KELAB/PERSATUAN PELAJAR SESI 2010/2011

Merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pembubaran Majlis Tertinggi setiap Kelab/Persatuan Pelajar Sesi 2010/2011 adalah pada 31 Januari 2011.

3. Sehubungan dengan itu, setiap kelab/persatuan hendaklah mengambil tindakan berikut:-

· Mengadakan Mesyuarat Agong Kelab/Persatuan masing-masing bermula dari tempoh 14hb Februari hingga 10hb Mac 2011.
· Agenda mesyuarat ialah membuat perlantikan Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan untuk Sesi 2011/2012.
· Tarikh perlaksanaan dan tempat Mesyuarat Agong tersebut mestilah dimaklumkan kepada Unit Aktiviti Pelajar, Jabatan HEPA.
· Minit mesyuarat dan senarai Majlis Tertinggi Kelab/Persatuan Sesi 2011/2012 mestilah diserahkan kepada pihak Jabatan HEPA bermula tarikh 14hb hingga 21hb Mac 2011.

4. Sebarang pertanyaan / maklumat lanjut boleh menghubungi Unit Aktiviti Pelajar & Antarabangsa di talian 04-9831163.

azid

Friday, February 18, 2011

lama xupdate..

salam..
lama xupdate blog ni.. minggu lepas (minggu ni la tu) aku berjalan jauh, hari ahad menuju ke kl tido sana semalam kemudian menuju ke bagan datoh perak n tido saa gak semalam, malam tu pi la menara condong kat teluk intan tu nk shoot tp ujan plak, ni la kali kedua aku p sana dan kali kedua jugak ujan lebat, apa la malang nasib aku ni..huhuh apapun aku sempat la jugak tangkap menara tu dalam, ujan pun.,,, gambo nnti aku upload sebab xbawak kamera minggu ni.. huhuhu sok kawan2 buat bbq di gua kelam so insya allah i follow..
sekian terima kasih daun keladi esok2 jumpa lagi..
azid

Monday, February 7, 2011

wed mona

salam..
selamat kembali dari cuti raya cina.. xbanyak sangat aktiviti cuti ni just lepak kat umah sebab duit xda..hahah
duit ada p boros beanja cmna la duit nak lekat kat tangan kan.. huhuh apapun here comes a pic of wed of my frenz..






azid

Tuesday, January 25, 2011

terpaksa ku lepaskan..

salam..
semalam aku melepaskan lens nikkor 50mm..huhu dengan tiada untung malah rugi, namun aku relakan jua, sempat juga aku bermain dengan lensa itu seminggu dua...

lepas ne kalo ada rezeki teringin plak nak mencuba lens 18-55mm ni..sebenarnya nak 17-50mm tp tgk harga dia terlalu mahal..huhuh so y ni jer murah ckit..apakan daya sabau jela..
here some pic of 50mm lensa..








azid

Wednesday, January 5, 2011

assalamualaikum...
lama menyepikan diri lantaran terpaksa menguruskan beberapa hal di rumah..
sebelum sesi persekoolahan bermula aku menjadi pengurus untuk menguruskan hal-hal sekolah anak sedara yang pulang untuk bersekolah di alor star lantaran umi mereka yang tidak lagi bekerja di rawang atas sebab yang tidak dapat dielakkan.. setiap hari aku pasti akan menuju ke 1 atau lebih destinasi di sekitar alor star untuk urusan rasmi.. itu tidak termasuk pulang ke kg 'sik' kerana sekarang ibu bapa aku tinggal disana.. kembali ke tempat asal mereka.. so as son kena la balik jenguk at least 1day a week untuk melihat keadaan mereka.. sekarang di rumah alor star ada 3 family yang dok rumah tu, teletah anak2 sedara yang selalu bising n selalu kejut aku bgun subuh memang mengubah jadual tido n rehat aku..pastu kena hantar anak g skolah pagi, dengar mereka teriak2 buat aku lali dah dengan tangisan budak, lagipun pengalaman jaga budak memang dah banyak dalam diri aku.. so xkisah sangat la setakat budak menangis lama2 tu.. maklum la aku garang ngan budak2, xsuka orang mengada-ngada mau aku lempang jer..hahaha so pg td sampai kuala perlis, pastu g kangar amik sticker moto n cari puzzle tp xjumpa, semalam xdan nk p cari xlarat malam tu..pastu petang g kelas n lik umh xtau watpa layan muvie sampai la sekarang.. sok kelas dua jam ja kul 4-7 adoila penat kelas petang2 ni.. so dekat kuala perlis ne hanya 3hari dalam seminggu selebihnya i will be at alor star melayan kerenah anak2 yang sedang membesar, yang sering tertanya2 ''bila paksu nak balik sekolah ni?'' hihi ok la cukup d sini dulu.. jumaat ni insya allah nak g tangkap orang nikah plak, saja nak blaja2..
azid

Monday, December 27, 2010

first job

 alhamdulillah minggu lepas ada first job tapi hasilnya xlah begitu memberangsangkan memandagkan aku masih kurang pengalaman..
apapun tgk la sedikit hasilnya.





azid