Saturday, February 27, 2010

siapa yang biadap.. siapa yang tak beradab

salam.. pagi ne aku dikejutkan dengan bunyi ketukan daripada jiran di hadapan rumah..
panjang ketukannya dan diiringi dengan suara memberi salam..
ketukan berterusan untuk beberapa minit dan kali ini diiringi dengan suara ''ana buka pintu ne nak, ne mak'' namun pintu rumah jiranku itu masih lagi belum terbuka, tingkap rumah cuba dibuka oleh orang yang mengetuk pintu tersebut lantaran pintu rumah yang tidak terbuka..
maka jiran2 pun mula la menunjukkan diri di pintu rumah masing2..tiba-tiba...assalamualaikum...
rupanya pintu rumah aku yang diketuk...apa lagi laju jer aku buka pintu sebab memang aku dok tengok gelagat mereka dari tadi...''tumpang tanya dik, pernah tengok tak orang dalam gambar ne'' sekeping kertas a4 dihulur dan terdapat gambar hitam putih seorang budak perempuan yang agak berisi menghiasi kertas tersebut. aku pun apa lagi, tak pernah tengok la kak.. ''orang kata anak akak tinggal kat umah depan ne tapi dia tak nak buka pintu''.. secara tiba-tiba pintu jiran aku pun terbuka, seorang anak gadis pun menonjolkan diri ''ada apa ni mak cik''..
maka berlaku la sedikit pertengkaran yang disebabkan anak gadis ne xnka buka pintu tadi..makcik 2 cakap dia nk cari anak dia saja, kenapa gadis ne xnak buka pintu n mengelakkan diri..
pertengkaran ditambah dengan suami makcik tadi pulak menyampuk...anak gadis dilihat bercakap-cakap di telefon menelefon seseorang..
aku disitu hanya mendiamkan diri melihat gelagat yang berlaku..hihihih
seketika kemudian muncul 2 orang jejaka berbaju merah, of course yang seorang 2 pakwe si gadis tadi... bertambah la kekecohan di depan rumah si gadis...
kecoh punya kecoh last2 makcik n pakcik 2 blah macam 2 saja sebab dah malas nk layan karenah pakwe si gadis tadi.. xsempat juga makcik 2 nk tgk muka penghuni rumah 2 yang agak seiras dengan muka anaknya..

apa yang ingin disampaikan ialah...

patutkah makcik dan pakcik tadi mengetuk pintu rumah tersebut dengan kuat dan menjerit memanggil anaknya yang belum tentu ada didalam rumah tersebut...

patutkah si gadis tadi hanya mendiamkan diri dan tidak membuka pintu...

kemudian selepas pintu dibuka patutkah makcik tadi memarahi si gadis dengan mengatakan tiada adab kerana tidak membuka pintu sedangkan orang memberi salam dan sebagainya..

dan patutkah si gadis tadi mempertahankan diri dengan mengatakan makcik dan pakcik tadi xpatut untuk memarahinya kerana ini rumah anak gadis bujang dan risau-risau jika perompak yang datang kerana pernah terjadi perompak suami isteri yang datang..

patutkah pakwe si gadis tadi mencampuri urusan tersebut dengan bertengkar dengan si makcik yang sedang mencari anaknya itu..

siapa biadap

siapa xberadab

No comments: