Tuesday, November 30, 2010

berakhirnya hidup bila emosi mengatasi akal

salam..
segala pujian bagi allah s.w.t tuhan semesta alam.
selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi muhammad s.a.w

tulisan kali ini bukan lah bertujuan untuk sesiapa namun untuk saling mengingatkan diri kita bahawa jangan meletakkan emosi mengatasi akal fikiran kita.
apa yang terjadi bila emosi berada diatas akal pemikiran kita, pada pendapat saya apabila perkara ini berlaku, keboleh upayaan seseorang untuk berfikir secara logik dan waras akan terjejas lantas akan mengakibatkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
kita ambil contoh, seseorang yang telah 'mengajarkan' dirinya untuk sentiasa dalam keadaan emosi samada apabila barangnya hilang, atau sesuatu yang diharapkan tidak menjadi seperti  yang dikehendaki akan mengakibatkan berlaku tindakan 'refleks' yang kebanyakan adalah buruk seperti marah yang melampau, sedih yang melampau, menjadi terasing dan pendiam dari kehidupan sosial.

samb..
azid

No comments: