Monday, November 15, 2010

politik kampus..

salam..
tiba2 hari ini banyak plak aku terasa nak menulis..
topik kali ini kalo sembang dengan pihak UNIMAP or MPP UNIMAP mestilah menjadi satu isu yang teramat sensitif..maklum la di sini kamilah JUARA PERPADUAN yang mana pemilihan pentadbiran bagi mewakili pelajar adalah secara peringkat dalaman sahaja. sudah menjadi kebiasaan disini untuk setiap pusat pengajian kejuruteraan (PPK) untuk menyenaraikan nama samada 2 atau lebih untuk dicalonkan sebagai mpp untuk tahun berikutnya. apa yang menjadi masalahnya (malas panjang lebar)

yang menjadi masalahnya apabila pemilihan secara ini tidak membuka peluang kepada mereka yang lebih matang dalam melihat masa depan, tidaklah menjadi salah untuk meletakkan pemuda-pemuda baru untuk mewakili pelajar,yang menjadi salah apabila tiada peluang keterbukaan yang sekata kepada semua. menerajui pelajar bukan sahaja kepada nama dan menjadi AJK kepada aktiviti2 tahunan universit sambil melancong2 namun ia lebih mendalam daripada itu. tatkala perwakilan pelajar di universiti pelajar memperjuangkan hak, prinsip dan kepercayaan mereka kita disini menjadi sebaliknya, masih bergelar mahasiswa lesu yang mana terperangkap dengan rutin harian samada kekelas menaiki bas yang ''memuaskan'', berjalan kaki meredah hujan dan panas dan meneruskan pengajian seperti biasa di kelas dengan hanya bersuara dibibir tanpa sampai kepada sesiapa yang bertanggungjawab. apakah mahasiswa kita yang rela diperlakukan begitu atau hasrat mereka untuk bersuara dimatikan tatkala heboh ruangan debat diadakan di universiti lain. adakah kita universiti baru yang tidak melihat kearah kemajuan universiti untuk setaraf dengan universiti lain. usahlah kita biarkan minda, perlakuan kita masih terikat pada nama kolej universiti sebelum ini.apa yang perlu kita lakukan?

tidak banyak yang dapat kita (selaku pelajar biasa)  lakukan untuk ''mengubah'' sistem pemilihan kerana ia merupakan perkara besar. oleh itu disini lah pihak perwakilan pelajar memainkan peranan samada untuk melakukan ''survey'' secara rumah ke rumah mahupun dari ppk ke ppk untuk sampai ke setiap pelajar. setiap tindakan bukan hanya melalui surat atau memorandum kemudian hanya menunggu keputusan, kadangkala kita kena ''push'' orang2 tertentu biarpun mereka adalah orang besar pentadbiran universit kerana apa yang dikatakan oleh mereka tidaklah kesemuanya betul. (begitu juga dengan apa yang saya tulis ini). maka apabila kita memegang jawatan kita memikul tanggungjawab yang kelak akan ditanya oleh ALLAH s.w.t. oleh itu kita harus ingat, kebebesan bersuara telah diberikan kepada setiap orang dan perwakilan adalah titian utuh yang menjadi landasan kepada suara itu untuk didengari. usah takut kepada suara2 besar, usah hanya menunduk kepadanya, usah jadikan diri kita seperti hamba kerana kita punya suara, kita punya hak dan kita punya kebesan. maka perjuangkanlah, kamu telah memegang amanat itu, bukan kerana nama hendaknya, bukan kerana pangkatnya tapi kerana lillahi taala..
azid

No comments: